“Sehari RM250 hingga RM 300” – Opai Dedah Pendapatan DMA Islam Cecah RM18K Sebulan

Entertainment
26 Jun 2025 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, nama DMA Islam menarik perhatian ramai susulan perlawanan MMA yang menyaksikan kekalahannya bertemu dengan Abang Koroy.

Pun begitu, Opai yang merupakan seorang pempengaruh dan usahawan yang terkenal di media sosial mendedahkan pendapatan DMA Islam yang mencecah RM 18K.

Dalam hantaran di TikTok, dia juga mendedahkan sehari DMA Islam boleh mendapat RM 250-RM 300, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang akui mengidolakan DMA Islam yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000.

Dalam video itu, difahamkan DMA mendapat wang sebegitu atas hasilnya di media sosial menerusi affiliate produk serta review.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Fatin Afeefa sempat menitipkan pesanan buat kakitangannya untuk berusaha ubah kehidupan menjadi lebih baik.

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.