‘Sehebat Penyanyi Asal!’ – Nyanyian Merdu Pelajar Di Sekolah Bintulu Ini Dipuji Netizen

19 Jul 2022 • 5:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kecil-kecil cili api!

‘Sehebat Penyanyi Asal!’ – Nyanyian Merdu Pelajar Di Sekolah Bintulu Ini Dipuji Netizen. Dua pelajar ini ini menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai setelah video nyanyian di sekolah ini telah dimuat naik di laman Tiktok dan juga Facebook.

Menerusi perkongsian di Tiktok milik @snowling8582, video tersebut telah tular dan meraih sebanyak 284.9K kali tontonan dan 35K tanda suka. Video tersebut juga telah mendapat pujian dari netizen di seluruh Malaysia!

image is not available
Sumber gambar PPKI SMK Kidurong (Perhimpunan di SMK Kidurong) ‘Sehebat Penyanyi Asal!’ – Nyanyian Merdu Pelajar Di Sekolah Bintulu Ini Dipuji Netizen.

Suara dua pelajar ini sehebat macam penyanyi asal dah!

Menurut perkongsian tersebut, video ini telah dirakam di salah sebuah sekolah di Bintulu iaitu di SMK Kidurong. Kelihatan pelajar dengan pemakaian t-shirt Pengakap dan PBSM sedang mempersembahkan lagu Ernie Zakri dan Syamel di hadapan pelajar-pelajar di tapak perhimpunan.

Tonton video penuh di bawah:

image is not available
‘Sehebat Penyanyi Asal!’ – Nyanyian Merdu Pelajar Di Sekolah Bintulu Ini Dipuji Netizen

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suara nyanyian dua pelajar ini memang merdu habis! Mereka menyanyikan lagu ‘Aku Cinta’ dengan vokalnya juga kedengaran seperti penyanyi professional.

Menerusi kapsyen hantaran video oleh @snowling8582 di akaun Tiktok difahamkan bahawa pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Menurut @snowling8582 yang juga merupakan cikgu di sekolah tersebut, bahawa mereka bakal menjalani ujibakat nanti.

image is not available

Netizen turut memuji dengan suara mereka berdua

Rata-rata netizen turut kagum dengan bakat nyanyian dua pelajar ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

image is not available
‘Sehebat Penyanyi Asal!’ – Nyanyian Merdu Pelajar Di Sekolah Bintulu Ini Dipuji Netizen. Tangkapan layar dari Tiktok @snowling8582

image is not available
Tangkapan layar dari Tiktok @snowling8582

Pemuda dari Sarawak ini sekali lagi menarik perhatian netizen di media sosial setelah dia menyanyikan semula lagu Tak Ingin Usai oleh Keisya Levronka. Baca selanjutnya di pautan di bawah: