Netizen Kagum Dengan Nyanyian Padu Bob Yunus Lagu ‘Tak Ingin Usai’ Di TikTok

19 Jul 2022 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang merdu sangat suara Bob Yunus ni.

Netizen Kagum Dengan Nyanyian Padu Bob Yunus Lagu ‘Tak Ingin Usai’ Di TikTokSebelum ini pernah juga tular kerana bakat menyanyi yang hebat, pemuda dari Sarawak ini sekali lagi menarik perhatian netizen di media sosial setelah dia menyanyikan semula lagu Tak Ingin Usai oleh Keisya Levronka.

Nyanyian Bob Yunus itu mendapat tontonan 1.1 juta di Tiktok (setakat artikel ini ditulis) dan netizen rata-ratanya kagum dengan suara lunak, serak-serak basahnya yang menyanyi tanpa effort. Memang smooth je!

image is not available
Netizen Kagum Dengan Nyanyian Padu Bob Yunus Lagu ‘Tak Ingin Usai’ Di TikTok

Nyanyian Bob di dalam video yang tular itu merupakan percubaan pertamanya menyanyikan lagu popular dari Indonesia itu.

Bob juga telah memuatnaik video dari akaun Tiktoknya ke Facebook baru-baru ini dengan caption ‘comeback guys’ juga telah mendapat perhatian ramai!

image is not available

image is not available

Pernah menerima DM adaripada artis terkenal dari Indonesia

Sebelum ini, Bob juga pernah tular setelah dia berkongsi dengan pengikutnya, DM daripada artis terkenal memuji suara lunaknya.

Dengan pengikut di Tiktok lebih daripada 500 ribu, Bob Yunus aktif di platform berkenaan untuk memuatnaik nanyian merdunya.

Semoga maju jaya kami ucapkan kepada Bob Yunus!

Sebelum ini Bob pernah dilamar artis terkenal Indonesia, Melly Goeslaw: