Seimbang Dunia Akhirat, Atlet Mobile Legends Negara Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Entertainment
10 Jun 2023 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA Phom Penh, Kemboja 2023, acara Mobile Legends Wanita mempunyai satu rahsia yang tak ramai orang tahu. Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih dikenali dengan ‘in-game name’ Aria, adalah seorang penghafal 30 juzuk kitab suci al-Quran.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, beliau mula mendapat pendidikan seawal 14 tahun ketika menuntut di Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin, Bangi, Selangor. Ketika berusia 16 tahun, beliau mula terbabit dalam permainan telefon ini selepas mengikuti abangnya bermain Mobile Legends.

Bakatnya dalam permainan itu turut mendapat sokongan keluarga dan beliau mula menceburkan diri dengan lebih aktif melalui penyertaan kejohanan yang dianjurkan sekitar tanah air. Bercakap kepada sumber, beliau merasa sangat teruja setiap kali memenangi kejohanan hampir setiap minggu.

image is not available

Ketika ditemubual sumber juga, beliau berkata dengan kekalahan yang diperoleh ketika kejohanan, itu sudah cukup untuk meningkatkan pengalaman dalam permainan Mobile Legends.

“Sudah pasti setiap perkara ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar selagi kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,”

Aria kini sedang menuntut dalam Diploma Pengajian Perniagaan di Kolej Professional Mara Beranang. Setakat ini, beliau memperoleh CGPA GPA 4.0 selama lima semester berturut-turut.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.