Sejak JPJ Banyak Buat Operasi, Ramai Tak Senang Hati!

LocalPolitics
20 Apr 2025 • 10:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi amaran kepada tonto yang menggugut penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sedang melakukan operasi penguatkuasaan, terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Menurutnya, JPJ tidak akan sekali-kali berkompromi dan tunduk kepada sebarang ugutan tonto yang dikatakan diupah oleh pihak pengusaha kenderaan berat itu.

image is not available

"Saya ingin memberi mesej jelas bahawa anggota JPJ adalah penguat kuasa yang diberi tauliah oleh kerajaan. Jika ada yang mencabar mereka (penguat kuasa) ia juga seolah-olah mencabar undang-undang negara.

"Mereka (penguat kuasa) ini menjalankan tugas, dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Beliau mengakui sejak JPJ memperbanyakkan operasi dan menguatkuasakan undang-undang lebih ketat ke atas kenderaan berat, terdapat pihak yang tidak menyenangi langkah berkenaan.