
Pelakon, model dan pencipta kandungan media sosial (content creator), Amanda Amry, 20 tahun melancarkan single sulungnya yang berjudul ‘Sang Pangeran’.
Nama panggilan yang manis, Amanda juga telah mula menceburi dunia model sejak usia 5 tahun, malah telah membuat penampilan sulung di skrin menerusi klip video lagu ‘Sayangi Dirimu’ oleh Nur Fazura ketika berusia 12 tahun.
Sejak itu, Amanda aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi dalam satu drama ‘Kau Cipta Kasih’ bersama pelakon utama yang lain seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, dan Fify Azmi.
Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan permodelan, Amanda juga turut berminat dalam bidang nyanyian.
Pada awalnya, Amanda membuat kandungan sosial media (content social media) sehingga telah dilamar oleh pihak Sony Music Malaysia.
Hasil dari minatnya dalam bidang nyanyian kini menglancarkan single pertamanya yang bertajuk Sang Pangeran pada tahun ini.


