Selepas mengacah kehadiran peranti baharu V50 kini Vivo mengesahkan pula tarikh pelancarannya. Ia dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2025 bermula di India. Pada masa sama masih menawarkan rekaan malar hijau sambil mengekalkan DNA jenama ini.

Untuk konteks, Vivo sering memberi tumpuan terhadap reka bentuk dan sistem kamera yang baik pada siri ini. Penggunaan teknologi ZEISS sejak siri V30 menunjukkan mereka mahu membawa pengimejan mudah alih yang berkualiti ke dalam segmen pertengahan. Lalu menjadikan inovasi ini boleh dinikmati lebih ramai pengguna dan menawarkan ciri mewah dalam segmen pertengahan..

Usaha ini diteruskan pada V50 yang juga menggunakan teknologi ZEISS. Ia digunakan dalam kesemua sensor 50MP pada V50 termasuk di bahagian hadapan dan belakang. Selain turut mempunyai AI Studio Portrait 2.0 yang diyakini mampu menghasilkan portrait dengan cahaya lebih semula jadi. Terdapat juga kalis air IP68/69, bateri 6000mAh dan pengecasan 90W sebagai pelengkap. Masih belum jelas mengenai cip pemprosesan dan boleh ditawarkan di Malaysia memandangkan telah melepasi SIRIM.
