Sejumlah Akhiran Nama Domain Baharu Kini Dipohon – Termasuk .agent, .agi, .anime, .capcut, .huawei, .tiktok

Technology
8 Oct 2026 • 8:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejumlah Akhiran Nama Domain Baharu Kini Dipohon – Termasuk .agent, .agi, .anime, .capcut, .huawei, .tiktok

ICANN, badan yang menguruskan nama domain di arena internet, kini telah menerbitkan senarai penuh permohonan untuk akhiran nama domain baharu yang telah dipohon untuk tahun 2026 ini. Melalui senarai berkenaan, ia dilihat pelbagai jenama kini ingin mendapatkan akhiran nama domainjenama mereka tersendiri, disamping pada masa yang sama melihat kepada akhiran nama domain berasaskan kepada sesuatu tugasan, perkara, atau ciri.

Melalui senarai yang diterbitkan, sebanyak 1,615 permohonan telah dilakukan, dan 333 adalah memfokuskan kepada jenama. Dari rantau Asia, sebanyak 218 permohonan dilakukan, termasuk 9 permohonan dalam variasi tulisan Arab dan Cina.

Antara yang dipohon oleh pelbagai syarikat adalah .agent dan .agi, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan kebelakangan ini. Pada masa yang sama, sejumlah nama domain jenama dipohon kali ini, termasuk .capcut, .huawei, .tiktok, .xiaomi, .airbnb, dan beberapa yang lain. Telegram turut melakukan permohonan untuk .gram dan juga .telegram.

Mungkin seterusnya pihak ICANN akan menapis setiap satu, sebelum nama domain yang diluluskan akan diaktifkan secara rasminya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved