Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 8 Julai Untuk Penyelenggaran

TechnologyDigital
5 Jul 2023 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank menerusi kemaskini baharu memaklumkan bahawa ganggunan perkhidmatan akan berlaku pada 8 Julai 2023 (Sabtu). Gangguan ini melibatkan perkhidmatan Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM dan terminal layan diri yang tidak akan beroperasi secara berperingkat diantara jam 3 hingga 10 pagi.

image is not available

Turut dimaklumkan gangguan ini disebabkan penyelenggaraan sistem oleh Maybank dan mereka memohon maaf atas segala kesulitan yang telah timbul. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).