Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Waktu Pada 8 & 15 Februari 2025

TechnologyDigital
15 Jan 2025 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank telah mengumumkan gangguan perkhidmatan sistem berjadual pada 8 dan 15 Februari 2025. Terdapat beberapa perkhidmatan dan platform utama yang tidak dapat tidak dapat diakses bermula dari jam 3.00 sehingga 7.00 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.

image is not available

Ianya merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow Overseas Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit dan QRPay. Sementara itu platform-platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).

Bagi mengurangkan sebarang kesulitan dalam tempoh ini, sila lakukan transaksi anda terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh menghantar email bertulis ke mgcc@maybank.com atau hubungi di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved