'Sekadar sokongan kepada PN' - Afiq Amani

Politics
5 Aug 2023 • 9:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Afiq Amani (tengah) memakai jaket Pas pada Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini pada Jumaat.

KOTA BHARU - "Jaket ni tiada apa-apa, sekadar tanda sokongan kepada PN (Perikatan Nasional)," kata bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar.

Beliau sebelum itu dipanggil oleh bapanya, Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menaiki pentas untuk dipakaikan jaket oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut sama menyaksikan pemakaian jaket itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Setakat ini, saya belum memikirkan untuk berkempen membantu jentera PN atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini pada Jumaat.

Afiq Amani turut mengulangi masih belum memikirkan hala tuju politiknya selepas mengumumkan keluar dari UMNO pada Jumaat.

Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahgaian Ketereh pada hari sama juga mengumumkan beberapa pimpinan lain meletak jawatan dan keluar dari UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN: