“Sekali Keluar Kena RM5,000” – Wanita Pilih Lelaki Kaya Berbanding Kacak Jadi Perhatian [Video]

Family & Parenting
21 May 2024 • 3:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap individu baik lelaki ataupun wanita pastinya mempunyai kriteria tersendiri dalam menjadikan seseorang itu sebagai teman istimewa.

Ada yang memilih pasangan itu atas faktor rupa atau rasa sayang dan cinta. Namun pada masa kini, ada segelintir individu yang meletakkan pendapatan atau kekayaan sebagai kriteria utama dalam pemilihan pasangan.

Ia dilihat menjadi salah satu faktor penting terutama di saat kos sara hidup yang semakin meningkat.

Wanita Pilih Lelaki Kaya Berbanding Handsome

Menerusi video temu bual yang dikongsikan di akaun Instagram diamonte_ent, seorang wanita yang dikenali sebagai Mira dilihat lebih memilih lelaki kaya berbanding lelaki kacak.

Jawapan itu diberikan oleh wanita berkenaan tanpa teragak-agak ketika ditanya oleh seorang lelaki.

“Saya pilih kaya sebab kalau tak handsome boleh tutup lampu,” jawab wanita berkenaan ketika ditemu bual di hadapan sebuah kelab malam.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah jawapan wanita berkenaan ketika disoal berapa jumlah minimum yang perlu di bawa oleh seorang lelaki sekiranya mereka mahu keluar dengannya.

Jelas Mira yang berasal dari Kajang, Selangor itu, dia berpendapat seorang lelaki perlu membawa sekurang-kurangnya RM5,000 untuk keluar dengannya.

“Kalau bawa saya keluar, kena bawa saya pergi makan, lepas tu kena bawa saya pergi beli-belah, at least kena spend (belanja) RM5,000,” kata Mira.

Terkejut dengan jawapan yang diberikan, lelaki itu sekali lagi meminta kepastian tentang jawapan yang diberikan oleh Mira.

Namun, wanita berkenaan sekali lagi dengan yakinnya menjawab bahawa RM5,000 merupakan jumlah minimum yang perlu dibawa oleh seorang lelaki yang mahu keluar dengannya.

Jelas Mira lagi, barang-barang make-up yang digunakannya bukanlah murah. Oleh sebab itu, jumlah itu dirasakan patut ada oleh seorang lelaki.

“Makan RM1,000 shopping (beli-belah) RM4,000. Mekap je dah berapa, foundation you (awak) tahu berapa? RM300, RM400,” jelasnya lagi.

Video Raih Perhatian Warganet

Video itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat. Rata-ratanya mengecam jawapan yang diberikan oleh wanita berkenaan.

Bagi segelintir mereka, jumlah RM5,000 yang akan digunakan dalam temu janji adalah terlalu banyak dan tidak berbaloi.

Mereka berpendapat wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih baik daripada dibazirkan dalam temu janji dengan wanita itu.

Namun, ada juga warganet yang mendoakan agar Mira diberikan hidayah dan bersifat lebih rasional dalam meletakkan kriteria memilih pasangan.

Malah, ada yang turut mengecam tindakan pemilik video berkenaan yang dilihat sengaja membuat kandungan sedemikian yang dilihat seolah-olah cuba memalukan wanita itu.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat semua itu hanyalah konten semata-mata.

Berikut merupakan komen warganet:

“Makan Sampai RM1,000, Mencekik Dekat Mana?”

image is not available

“Dari Bagi Dia 5K, Baik Bagi Anak Yatim”

image is not available

“Laki T20 Tak Kisah Dia Nak Spend Berapa Kalau Dah Sayang, Peempuan Jangan La High Demand Sangat”

image is not available

“Boring Betul Content Macam Ni”

image is not available

“Semoga Diberikan Hidayah, Untuk Jadi Wanita Solehah”

image is not available

Source: