Sekali Lagi Apple Dianugerahkan Paten Apple Watch Dengan Kamera

TechnologyDigital
13 Feb 2023 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple nampaknya sedang merancang untuk membangunkan Apple Watch dengan kamera terbina. Tahun lepas satu paten telah didaftarkan untuk fungsi ini dan baru-baru ini sekali lagi paten baharu didaftarkan mengenai sistem kamera pada jam tangan pintar mereka.

image is not available

Paten tahun lepas adalah kamera terbina pada tombol berputar jam, sementara yang terbaru kamera terbina pada bahagian bawah jam dengan sistem tali jam baharu yang memudahkan pengguna tanggalkan jam untuk dijadikan sebagai kamera.

Idea Apple Watch dengan kamera ini adalah untuk mengurangkan obsesi pengguna terhadap telefon pintar dan boleh gunakan jam sahaja untuk pelbagai perkara. Tetapi masih tiada maklumat bila jam Apple dengan kamera ini akan dilancarkan, kerana pasti jam seperti ini memerlukan saiz bateri besar dan kuasa pemprosesan yang hebat dan seimbang.

image is not available

Pendapat saya, hanya Apple Watch Ultra sahaja sesuai mempunyai kamera terbina kerana binaan yang kukuh, tebal dan besar – membolehkan kamera disertakan untuk kegunaan kecemasan seperti ketika di dalam hutan ketika berkhemah dan ambil gambar untuk kongsi situasi pengguna yang perlu diselamatkan.