“Melentik Sangat, Tak Sakit Pinggang Ke?” – Video TikTok Watie Hanifiah Jadi Perhatian

Entertainment
9 Feb 2023 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kekasih hati kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah sekali lagi menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video yang di muat naik di laman TikTok, Watie dilihat memakai baju blazer berwarna putih sambil berjalan di sebuah kafe.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah cara usahawan berusia 35 tahun itu berjalan seperti terlalu menegakkan posisi tubuh badannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengkritik Watie kerana seolah-olah sengaja berjalan dengan menampakkan bentuk tubuh badannya terutama bahagian punggung.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut mempersoalkan pilihan hati Shuib dan mengatakan mereka lebih menggemari sekiranya dia bersama dengan aktres, Wan Sharmila.

image is not available

Tampil memberi penjelasan, Watie menerusi hantaran di Instagram Stories mendedahkan bahawa akaun TikTok itu merupakan akaun palsu dan bukan miliknya.

Malah, usahawan itu turut memaklumkan bahawa dia hanya mempunyai satu akaun TikTok sahaja.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

Bekas Tunang Anju Rupanya Ada Anak Perempuan, Netizen Puji Cantik - "Muka Photocopy Bapak"