“Saya Dapat Kontrak ONE Championship Sebelum Memiliki Lesen Memandu”- Johan Ghazali

7 Oct 2023 • 12:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau dikenali JoJo Ghazali berjaya melakar sejarah dengan mengikat kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000.

Johan Ghazali tewaskan pihak lawan

Bakal memasuki usia 17 tahun pada bulan hadapan, Johan bagaimanapun tidak dapat menahan perasaan gembira selepas menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaey dalam ONE Friday Fights 36, semalam.

Dalam perlawanan tersebut Johan berjaya melepaskan melepaskan tumbukan bawah ke arah dada lawannya dan memenangi secara knock out pada pusingan kedua.

Johan Ghazali gembira dapat kontrak ONE Championship

Menerusi temubualnya, Johan meluahkan rasa gembira dan ketidaksangkaan kerana berjaya mendapatkan kontrak tersebut sebelum memiliki lesen lesen.

Beliau menyifatkan kontrak tersebut sebagai ‘gila’ kerana tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya selain menjadi atlet petarung termuda.

“Ini gila! Saya akan memasuki usia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya mendapat kontrak ONE Championship sebelum saya memiliki lesen memandu. Jadi, ini sangat gila!”katanya.

image is not available

 

Sekadar info, Johan memiliki rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya menyertai kejohanan tersebut. Beliau juga pernah menewaskan Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex yang kesemuanya berasal dari Thailand.

Tahniah Jojo!

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya meraih pencapaian hebat dalam sukan yang diceburi.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @johanghazali_