“Sekali terjebak, tiada jalan keluar” – [VIDEO] Agong Kembali Memancing, Berjaya Tangkap Siakap

Entertainment
16 Jan 2023 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perwatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sering menjadi bualan rakyat jelata. Ini kerana perwatakan yang dibawa oleh Tuanku Agong dan Raja Permaisuri sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia.

Baru-baru ini Tuanku Agong menjadi bualan rakyat apabila dilihat sekali lagi melakukan aktiviti memancing di sebuah kolam pancing.

Seorang pengguna TikTok @waawi87 memuat naik sebuah video, berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dapat bertemu dengan Tuanku Agong.

Menerusi video tersebut, baginda berjaya menangkap seekor ikan Siakap yang dianggarkan seberat tiga kilogram dalam masa hanya kurang 20 minit. Dapat dilihat wajah berpuas hati baginda dengan kejayaan tersebut dan disambut dengan sorakan mereka yang ada di sekitar kolam berkenaan.

Terdahulu, baginda bersama-sama Permaisuri Agong telah berkenan berangkat melakukan aktiviti memancing di kolam pancing yang terletak di Rawang, Selangor.

Ketika itu, baginda berjaya mendaratkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak seberat 2.5 kilogram (seekor).

Menerusi hantaran video lain, baginda juga sempat menyantuni dan beramah mesra dengan rakyat yang sama-sama memancing di kolam berkenaan sebelum kembali meneruskan aktiviti tersebut.

“Terjebak sekali, memang tiada jalan keluar…”

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya mengatakan bahawa mereka yang sudah terjebak dalam aktiviti memancing ini pasti akan mengulangi hobi tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, netizen turut berseloroh selepas ini mungkin perlu memikirkan alasan kukuh untuk meminta kebenaran pasangan untuk keluar memancing.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.