Sekat Keperluan Asas Palestin, PBB Selar Tindakan Israel Tiada Perikemanusiaan

10 Oct 2023 • 11:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Israel menghentikan penyaluran keperluan asas buat penduduk Palestin.

Lapor Agensi Berita Jerman (dpa), tindakan menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza itu merupakan sesuatu perkara yang dilarang.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Volker Turk berkata, tindakan yang dilakukan oleh Israel itu jelas menunjukkan mereka (Israel) menafikan penduduk Palestin mendapatkan keperluan mereka untuk terus hidup.

“Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak melaksanakan membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsaan,”ujarnya.

Tegas beliau, tindakan yang dilakukan oleh Israel itu jelas menunjukkan mereka boleh dikenakan hukuman kolektif.

“Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif,” katanya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Israel memutuskan untuk menghentikan bekalan elektrik, bahan api dan barangan ke Gaza seperti mana dilaporkan Al Jazeera.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan bagi menjejaskan keupayaan pasukan tentera dan kerajaan pejuang Islam Palestin, Hamas.

Bahkan, penduduk Gaza bergelap tanpa elektrik sejak Sabtu selepas pihak berkuasa Israel memutuskan bekalan tersebut ke wilayah berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Bernama)