Sekatan jalan raya seluruh negara tengah malam ini - KPN

LocalPolitics
12 Aug 2023 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) pada jam 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, SJR dalam Op Kawal Nusa ini adalah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal sejurus keputusan pilihan raya negeri (PRN) diumumkan.

"Semua penyokong parti yang menang, jangan membuat demonstrasi atau perarakan untuk meraikan kemenangan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Sabtu.

Razarudin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada individu yang cuba mengganggu ketenteraman awam.

"Kita turut menumpukan kawalan di Istana Negeri dan pusat pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus-lumus dalam proses PRN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved