Mahrajan tarik lebih 200 peserta Nusantara

22 Jul 2024 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

MEMBAKUT: Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Kali Ke-12 yang membuka tirainya Jumaat lalu menyaksikan lebih 200 peserta dari seluruh Nusantara menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Pelbagai pertandingan kesenian dan budaya islamiah telah diadakan, antaranya Pertandingan Seni Khat dan Kaligrafi Islam membabitkan empat kategori iaitu peringkat Nusantara, Asean, Kebangsaan dan Borneo.

Paling menarik, ‘Papa Rock’, Dato’ Ramli Sarip turut mengadakan persembahan khas di malam pertama sekaligus meruntun setiap jiwa yang hadir di majlis yang diadakan di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, di sini pada Jumaat.

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif yang telah memainkan peranan penting hingga program kesenian itu terus berlangsung setiap tahun.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Selain seni khat dan kaligrafi, pertandingan selawat, marhaban, kompang dan nasyid di peringkat Borneo turut diadakan di program itu bagi menyemarakkan lagi budaya islam khususnya di kalangan belia.

Ariffin berkata, penganjuran Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara merupakan platform untuk semua penggiat seni sastera, penulisan islam dan yang berkaitan, berkumpul setiap tahun.

Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanakan selain pertandingan bagi memperkasa kesenian Islam antaranya penganjuran beberapa bengkel seni dan seminar oleh tokoh-tokoh terkenal.

“Antara negara yang terlibat dalam program ini adalah Indonesia dan Brunei, termasuk negeri-negeri di semenanjung Malaysia serta seorang juri jemputan dari Turki untuk pertandingan seni khat dan kaligrafi.

“Ini adalah usaha kita untuk memastikan budaya, tradisi dan kesenian islamiah khususnya di nusantara sentiasa diperkasa dan menariknya, peserta yang menyertai pertandingan dianjurkan, semuanya orang muda.

“Di samping itu, kita turut mengadakan beberapa anugerah khas untuk penggiat seni di seluruh Nusantara bagi mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka dalam dunia kesenian ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.