Sekian lama di Australia, Sajat luah syukur kembali pulang ke Malaysia?

LocalEntertainment
17 Mar 2025 • 4:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Nur Sajat luah syukur apabila selamat pulang ke tanah air selepas beberapa tahun bermastautin di Australia atas sebab-sebab tertentu.

Berita kepulangan Sajat ke Malaysia dikongsikan sendiri oleh usahawan itu sendiri menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, hari ini.

Sajat luah syukur kembali pulang ke Malaysia

Menerusi hantaran tersebut, Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah memuat naik foto gambarnya berada di dalam kapal terbang selain pemandangan dari atas pesawat.

Pada ruangan kapsyen pula, Sajat meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat pulang ke negera asal disamping turut menulis beberapa tanda pagar.

“Alhamdulillah, selamat sampai.
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri (emoji hati). #balikkampung #amin #nursajat,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

image is not available

image is not available

Alhamdulillah, selamat pulang..

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan tidak henti meluahkan rasa syukur atas kepulangan Sajat ke Malaysia.

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Sajat membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia pada 2021 selepas pihak berkuasa Malaysia memburunya atas beberapa kesalahan yang pernah dilakukan di negara ini.

Sebelum ini, usahawan transgender ini pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di Instagram miliknya.

Pada Jun 2023, Sajat menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia dalam tempoh setahun lebih bagi bertemu keluarga dan peminat.