“Orang Kaya Makin Kaya, Otak Sentiasa Fikir Cara Cari Duit..” – Mula Bekerja Seawal 4 Pagi, Netizen Puji Aliff Syukri

11 Mar 2025 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsikan satu video memaparkan penat lelahnya seawal 4 pagi demi mencari rezeki buat keluarga.

Ini rupanya sebab orang kaya makin kaya..

Dalam video tersebut, Aliff membalas komen seorang individu yang menyatakan orang kaya semakin kaya kerana mereka rajin bekerja dan tidak pernah mempunyai sifat pemalas.

Susulan itu, usahawan terbabit meluahkan rasa terima kasih dan mengakui, sebagai ketua kampung, dirinya perlu mencari sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga.

Saya start berniaga seawal jam 4 pagi, kau rasa? Banyak tanggungjawab dan komitmen perlu dibayar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa sokong saya.

image is not available

image is not available

Dapat dilihat dalam video itu, Aliff memaparkan gelagatnya ketika berniaga sambil membuat live di sekitar kawasan rumahnya.

Aliff Syukri dipuji netizen, bapa yang bertanggungjawab

Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya memuji sikap bertanggungjawab yang dipaparkan oleh bapa untuk enam orang cahaya mata itu.

image is not available

image is not available

image is not available 3 weeks ago

Kemelut Aliff Syukri & Iman Troye Sudah Berakhir, Tekad Lancar Lagu Raya Bersama - “Alhamdulillah Datuk Dah Tarik Saman..”