Sekian Lama Terbiar, Banglo ‘Seram’ Di Bukit Gasing Berjaya Dijual RM 4.4 Juta

14 Dec 2022 • 11:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sekian Lama Terbiar, Banglo ‘Seram’ Di Bukit Gasing Berjaya Dijual RM 4.4 Juta

Seorang pelabur hartanah, Muhammad Ishaq baru-baru ini melalui laman facebooknya berkongsi bahawa sebuah banglo seram yang terletak Bukit Gasing akahirnya berjaya dilelong.

Banglo berkenaan yang selama ini terbiar dan menjadi topik perbualan netizen dikatakan berjaya terjual pada harga RM 4.4 juta.

image is not available

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang berpendapat bahawa pemilik baharu kediaman tersebut sangat beruntung kerana membeli rumah berkenaan pada harga yang disifatkan rendah. Kata mereka, mengikut harga semasa, rumah berkenaan mungkin bernilai sehingga puluhan juta ringgit kerana hartanah tersebut berada di lokasi salah satu hartanah mewah di Malaysia.

Sebelum ini, banglo berkenaan sering dikaitkan dengan kejadian mistik dek kerana sudah sekian lama terbiar dan terlihat usang daripada luar. Muhammad Ishak juga ada berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang banglo seram tersebut pada Oktober 2021 menerusi Facebooknya.

Katanya, banglo tersebut dipercayai milik seorang lelaki berusia kira-kira 61 tahun dan digadaikan pada 15 Mac 2013.

image is not available
Kredit: Facebook

Menerusi hantaran tersebut, dia turut berkongsi beberapa kejadian mistik yang didakwa pernah berlaku di kediaman itu.

Dalam pada itu, orang ramai turut tertanya-tanya siapakah individu yang dikatakan membeli banglo usang tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertarik dan mahu melihat perancangan pemilik baharu kediaman berkenaan seperti renovasi atau pembangunan semula yang akan dilakukan kelak.

image is not available
Kredit: Facebook

Sumber: Muhammad Ishaq via Facebook