“Sekiranya Didapati Bersalah Ragut 9 Nyawa Anggota FRU, Lesen Pemandu & Syarikat Terlibat Wajar Ditarik Balik” – Sultan Selangor

LocalPolitics
15 May 2025 • 1:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu tindakan tegas diambil buat pemandu dan syarikat jika didapati bersalah susulan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

Sultan Selangor kesal pemandu dan syarikat cuai

Difahamkan titah tersebut dikeluarkan susulan kemalangan yang berlaku di Teluk Intan, Perak yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu.

Baginda kesal kerana telah berulang kali menyuarakan kebimbangan ini khususnya apabila menyentuh tentang hukuman terhadap pemandu kenderaan ataupun syarikat terlibat yang didapati cuai dan tidak menepati syarat keselamatan yang ditetapkan.

Minta lesen syarikat dan pemandu lori ditarik

Dalam pada itu, baginda turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera susulan kadar kemalangan semakin hari semakin meningkat.

Pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

Malah, Sultan Sharafuddin turut berpesan buat syarikat pengendali lori, bas, serta kenderaan berat lain untuk lebih bertanggungjawab dalam pemilihan pemandu serta memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, baginda berharap agar pihak yang terlibat tidak menutup sebelah mata dan memandang ringan hal seperti ini kerana ia melibatkan nyawa orang lain.

image is not available 2 days ago

Nahas Trak PRU: Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau, Kebanyakannya Berkaitan Dadah