Sekolah Anak Siti Nurhaliza Musnah Dibedil Bom

27 Sep 2025 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Keluarga Siti Nurhaliza

Satu berita yang cukup meruntun jiwa, apabila sekolah yang dibina oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Palestin akhirnya musnah selepas terkena serangan bom oleh tentera Zionis.

Sekolah tersebut yang dinamakan Sekolah Afwa Al Aafiyah sebelum ini menjadi harapan buat anak-anak kecil Gaza untuk menimba ilmu.

Siti Nurhaliza kongsi rasa pilu di Instagram…

image is not available

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Siti Nurhaliza, 46, di laman Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, beliau mengesahkan bangunan sekolah tersebut sudah musnah akibat serangan ganas Israel.

Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah.- Tulisnya.

Dalam hantaran lain, penyanyi yang digelar Biduanita Negara itu tetap cuba menenangkan hati dengan kata-kata penuh kekuatan.

Sekolah Afwa Al Aafiyah telah pun musnah dibedil bom.- Katanya lagi.

Tetap bangkit bantu anak-anak Gaza…

image is not available

Walaupun dihimpit kedukaan, Siti tetap bersemangat untuk meneruskan misi kemanusiaannya. Katanya, usaha membantu anak-anak Palestin tidak akan terhenti walaupun sekolah tersebut sudah musnah.

Dr Mohanad serta keluarga semua telah berpindah ke selatan. Kami akan membantu mereka di sana.- Jelasnya.

Malah, Siti turut menitipkan doa agar kesejahteraan rakyat Palestin sentiasa dalam lindungan Allah.

Tidak mengapa, kita pasti bangkit semula. Doaku sentiasa untuk Gaza.- Luahnya.

Sekolah Afwa Al Aafiyah mula dibangunkan sekitar tahun 2021 di bawah Yayasan Nurjiwa yang diasaskan Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Tujuan utama pembinaan sekolah ini adalah untuk memberi ruang pendidikan kepada kanak-kanak Palestin yang sering terhimpit dengan peperangan.

Dalam temu bual sebelum ini, Siti menjelaskan sekolah berkenaan tidak pernah terkesan walaupun Israel melancarkan serangan sejak hujung 2023. Namun kali ini, bangunan sekolah tersebut akhirnya tidak mampu bertahan selepas serangan bom dilancarkan.

Pssttt! Kadang-kadang kita rasa usaha kecil tak memberi makna, tapi kisah Siti Nurhaliza ni buktikan sebaliknya. Walaupun sekolah yang dibinanya musnah, semangat untuk terus membantu anak-anak Gaza tetap kuat. Ohmedia nak pesan kat korang, jangan pernah rasa sia-sia bila kita buat kebaikan. Sebab setiap usaha, walau sekecil mana pun, tetap ada nilainya di sisi Allah.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.