Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Bangunan Sekolah Afwa Dan Aafiyah Di Gaza Telah Musnah Dib*m

Entertainment
27 Sep 2025 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa tahun lalu, biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa membangunkan sebuah sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza untuk anak-anak Palestin.

Terkini, Yayasan Nurjiwa menerusi Instagram membuat suatu pengumuman sedih apabila bangunan sekolah berkenaan telah dibom oleh Israel.

image is not available

Difahamkan, sekolah tersebut selama ini bukan sahaja menjadi tempat pendidikan untuk anak-anak di sana, malah ia juga menjadi tempat perlindungan buat penduduk di Gaza, Palestin.

Meskipun ia musnah dibedil oleh rejim Zionis, namun pihak Yayasan Nurjiwa tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat Gaza dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.

Dalam masa yang sama, Yayasan Nurjiwa turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak Gaza.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.