
Pengurusan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Falah membina titi di laluan yang masih digenangi air bagi memudahkan pergerakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berkenaan.
Bantu mudahkan calon SPM
"Alhamdulillah walaupun masih ada air, kami tetap gembira kerana dapat menduduki peperiksaan di sekolah sendiri dan tidak perlu menumpang di sekolah lain.
"Sebelum ini ketika ujian bertutur Bahasa Melayu, kami terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha dan alhamdulillah hari pertama ujian bertulis Bahasa Melayu, kami menduduki peperiksaan di sekolah sendiri.


