Sekolah di KL beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguh

14 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di KL beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguh

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok meskipun berdepan keadaan jerebu.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) bagaimanapun memaklumkan, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

Katanya, murid yang hadir ke sekolah turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semas

“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

JPWPKL berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.

“Semua pihak diminta untuk terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.

“Keselamatan, kesihatan, dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan JPWPKL,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di KL beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved