Sekolah di lapan daerah Selangor ditutup esok akibat jerebu

15 Oct 2026 • 10:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sekolah di lapan daerah Selangor ditutup esok akibat jerebu

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengarahkan semua sekolah di lapan daerah ditutup esok berikutan situasi jerebu yang semakin memburuk.

SHAH ALAM: Semua sekolah di bawah pentadbiran lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor iaitu Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama ditutup serta tidak beroperasi esok susulan situasi jerebu. 

Kenyataan terkini Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bagaimanapun memaklumkan bahawa sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

“Namun demikian, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah tersebut tidak dibenarkan.

“Ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan diminta mengambil maklum tentang pemakluman ini serta merujuk saluran JPNS bagi mendapatkan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Sebarang perubahan terhadap status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dan kerjasama serta perhatian semua pihak amat dihargai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved