Sekolah dibuka Januari 2026! KPM umum tarikh rasmi sesi persekolahan baharu

Local
28 Oct 2025 • 3:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi tahun akademik 2026 akan bermula pada Januari tahun depan, menandakan langkah penyelarasan semula jadual persekolahan ke tarikh asal sebelum pandemik.

Tarikh rasmi sesi persekolahan bermula Januari

Dalam kenyataan rasmi, KPM memaklumkan tarikh pembukaan sekolah akan berbeza mengikut kumpulan negeri. Bagi Kumpulan A yang merangkumi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2026.

image is not available

Tarikh rasmi sesi persekolahan ikut kumpulan A dan B

Manakala Kumpulan B melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula sehari kemudian, iaitu 12 Januari 2026.

image is not available

Kalendar akademik itu akan berjalan sehingga 31 Disember 2026 bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, dengan penetapan cuti penggal dan cuti perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh kementerian sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidiladha dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” menurut kenyataan KPM menerusi surat siaran Bilangan 3 Tahun 2025.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: KPM perkukuh disiplin sekolah, kuasa rotan diturunkan kepada guru ikut keperluan

KPM turut menetapkan bahawa sesi persekolahan 2027 akan dibuka pada 4 Januari bagi kedua-dua kumpulan negeri.

“Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan kelarasan pembukaan sesi persekolahan 2027 di seluruh negara, sekali gus memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif,” katanya.

image is not available sekadar gambar hiasan

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

View Original Article