KPM Umum Kalendar Akademik, Cuti Sekolah Tahun 2026

28 Oct 2025 • 1:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Umum Kalendar Akademik, Cuti Sekolah Tahun 2026

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari 2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan.

Berikutan itu, KPM memaklumkan telah mengeluarkan Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah Kumpulan A meliputi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Manakala Kumpulan B meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Selain itu, KPM turut menyelaraskan tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolah tahun 2026 melibatkan sambutan dan perayaan.

Antaranya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Keamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” maklum kenyataan itu.

Berikut jadual dikeluarkan KPM;

image is not available

image is not available image is not available

Tarikh Sesi Persekolahan Tahun 2027 Diseragamkan

Sementara itu, KPM juga menetapkan tarikh sesi persekolahan bagi tahun 2027 akan diseragamkan bermula 4 Januari 2027 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.

Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi sekolah tahun 2027 di seluruh negara, sekali gus memudahkan perancangan pentabiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif.

Surat siaran ini berkuat kuasa serta-merta hari pertama persekolahan Kalendar Akademik Tahun 2026.

Sumber: KPM