“Sekolah Hanya Buang Masa, Tak Perlu Belajar Sains Hingga Ke Tahap ‘Advance’ – As’ad Motawh

5 Jan 2024 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi As’ad Motawh menerusi satu podcast baru-baru ini mengaku bahawa dia tidak gemar ke sekolah dan ia adalah perkara yang membuang masa.

Dia berkata demikian ketika berada di sesi podcasr bersama pempengaruh media sosial, Azri Walter dan Yousaf.

Dalam sesi podcast itu, Azri bertanya kepada As’ad mengenai pandangan peribadinya terhadap sekolah.

Buang masa dan tidak perlu

Penyanyi itu kemudian berkata bahawa kebanyakan masa yang dilakukannya di sekolah dahulu adalah sesuatu yang membuang masa.

Bagi saya, ketika saya masih muda. As’ad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ini, kebanyakan masa yang saya lakukan di sekolah adalah membuag masa sebenarnya.

Ujarnya lagi, apa yang dilakukan kini tiada kaitan dengan apa yang telah dipelajarinya di sekolah.

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

? original sound – Yousaf – Yousaf

Bagi saya, benda yang As’ad belajar dan benda yang As’ad buat sekarang tiada kaitan sangat dengan sekolah.

Seperti dari segi mempelajari Sains sehingga ke tahap ‘advance’ semua benda-benda pelik ni.. dan pada pendapat saya, tak perlu.

Tidak kisah dikecam

Kata As’ad dia tidak kisah jika ada pihak yang tidak bersependapat dengannya kerana perkara tersebut adalah bersifat peribadi.

Dia dalam pada itu sempat memetik kata-kata Rockefeller yang iaiti ‘Sekolah ini diciptak kerana dia mahu menghasilkan generasi pekerja’.

Penyanyi lagu ‘Senyum’ ini berpendapat bahawa sistem persekolahan pada masa kini perlu diubah seiiring dengan peredaran zaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 hours ago

"Doakan Kandungan Saya.." - Shila Amzah Kongsi Berita Gembira, Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai