
Korang ingat lagi tak dengan satu video yang pernah tular baru-baru ini tentang murid sekolah yang memberi ‘pick up line’ kepada seorang ustazah secara terbuka?
Menurut video yang tular di laman X, video tersebut dipercayai berlaku ketika satu sesi ceramah di sebuah sekolah.
Rentetan ketularan video tersebut, netizen di media sosial meluahkan ketidakselesaan dan kemarahan masing-masing. Mana tidaknya, aktiviti tersebut dilihat sebagai sesuatu yang tidak sesuai dilakukan di sekolah, lebih-lebih lagi oleh murid.
“Apa beza ustazah dengan IC? IC saya letak di dompet. Ustazah terletak di hati saya,” katanya.
Menurut hantaran di laman Public Health Malaysia, secara definasi, pickup line adalah merupakan satu usaha terancang untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali dalam usaha romantis.

Artikel berkaitan: Tular Video Murid Ditampar Guru Depan Orang Ramai, Netizen Minta KPM Ambil Tindakan
Artikel berkaitan: Ada Netizen Kecam Tindakan Guru Pilih Lagu ‘Cintaku ke Ethiopia’ Untuk Koir Murid Sekolah Rendah?
Normalisasi “pickup line” ini bukan sahaja tidak bermanfaat, malah mengalakkan budaya tidak sopan serta pergaulan bebas yang tidak sihat dikalangan pelajar. Rasa hormat kepada guru, orang yang lebih berusia, rakan rakan semakin hilang kerana lesen pickup line.
“Apabila trend “pickup line” dibawa masuk ke dalam ceramah dan program sekolah ia adalah satu “red alert” untuk masyarakat mula bertindak. Sekolah adalah benteng terakhir dalam persekitaran terkawal untuk pelajar pelajar.”
Tambah PHM, trend ini perlulah dipatahkan secepat mungkin untuk elakkan murid di sekolah terpengaruh dengan amalan-amalan tidak berfaedah.”Percayalah jika virus ini menular masuk ke sekolah, pihak sekolah khususnya guru guru akan berhadapan dengan cabaran lebih besar untuk mendidik anak anak.”
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


