Sekolah Sediakan Kerusi Kecil Untuk Pelajar Ketika Perhimpunan, Tapi Ada Yang Kecam Sebab Budak Sekarang Manja?

Entertainment
7 Aug 2022 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang ingat tak zaman kita sekolah dulu-dulu, sekali seminggu mesti ada perhimpunan kan? Lenguh jugak la kena berdiri lebih kurang 30 minit sambil dengar cikgu-cikgu bercakap kat depan.

Kadang-kadang ada la jugak cikgu benarkan pelajar untuk duduk bersila, tapi bila duduk pulak, punggung jadi kematu sebab tapak perhimpunan tu ada batu-batu kecil tu.

Lain pula caranya untuk budak-budak zaman sekarang, ada sekolah yang dah mula benarkan pelajar mereka untuk duduk di atas kerusi kecil agar lebih selesa ketika perhimpunan pagi.

image is not available

Baru-baru ini, ada sebuah sekolah rendah di Malaysia yang menyediakan kerusi duduk kecil untuk pelajar-pelajar mereka semasa perhimpunan rasmi.

Rata-rata netizen memuji keprihatinan pihak pentadbiran sekolah berkenaan kerana selepas ini, anak-anak sekolah rendah akan lebih selesa untuk mendengar ucapan cikgu ketika perhimpunan.

image is not available

Tak ada la kematu punggung macam kita dulu.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai pula adalah apabila ada juga sesetengah pihak yang mengecam atau berpendapat negatif dengan tindakan sekolah tersebut kerana mereka mengatakan budak-budak zaman sekarang ini manja dan lemah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, dalam masa yang sama, ada juga netizen lain yang membidas semula komen-komen yang negatif itu dengan mengatakan setiap zaman tidak sama, jadi tak boleh lah nak samakan zaman belajar dulu dengan zaman moden sekarang.

image is not available

image is not available

Min rasa okay je bagi budak-budak duduk atas kerusi. Soal kental tak kental tu, tak ada kaitan pun dengan kerusi. Lagipun, pendidikan tu kan bermula dari rumah. Yang penting, ibu bapa jangan la harap kat cikgu je untuk ajar anak kita.

Apa pula pendapat korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.