Sekolah Selangor digalak perbanyak program kelestarian hadapi perubahan iklim

LocalEnvironment
19 Jul 2026 • 7:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sekolah Selangor digalak perbanyak program kelestarian hadapi perubahan iklim

SHAH ALAM, 19 JULAI: Sekolah di Selangor perlu memperbanyak program kelestarian alam sekitar bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mendepani cabaran perubahan iklim.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu mampu memupuk kesedaran serta menggalakkan pelajar memainkan peranan aktif dalam memelihara alam sekitar melalui tindakan yang memberi manfaat kepada komuniti.

"Tahniah kepada pelajar dan warga SMJK Yoke Kuan atas kejayaan melaksanakan projek akuaponik bersepadu ternakan ikan Tilapia, Keli dan sayur salad coral.

"Kejayaan ini membuktikan anak-anak muda bukan sahaja mampu memahami isu kelestarian, malah menterjemahkan idea kepada tindakan yang memberi manfaat kepada komuniti," katanya di Facebook.

Menurutnya, projek berkenaan adalah di bawah Cabaran Tindakan Iklim Rakan Bumi, sebuah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar untuk memperkasa generasi muda dalam menangani cabaran perubahan iklim.

"Syabas atas kreativiti, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang menjayakan projek ini.

"Saya berharap lebih ramai pelajar akan terus tampil sebagai ejen perubahan dalam usaha memelihara alam sekitar dan membina masa depan yang lebih mampan.

"Semoga kejayaan SMJK Yoke Kuan menjadi inspirasi kepada sekolah lain untuk turut melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved