Sultan Selangor mahu adaptasi teknologi tebatan banjir Singapura

LocalEnvironment
15 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sultan Selangor mahu adaptasi teknologi tebatan banjir Singapura

KLANG, 15 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu Kerajaan Negeri mempelajari dan mengadaptasi model pembangunan serta teknologi tebatan banjir yang digunakan Singapura.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, pendekatan itu boleh dimanfaatkan untuk membantu Selangor menangani masalah banjir dengan lebih berkesan.

“Baginda mahu agar Kerajaan Negeri Selangor belajar dan mengadaptasi model pembangunan serta teknologi yang diguna pakai Singapura bagi mengatasi masalah banjir di negeri Selangor,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Alam Shah di sini.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai aspek berkaitan ekonomi dan pembangunan Selangor serta Singapura.

Sultan Selangor turut menzahirkan minat terhadap keberkesanan teknologi tebatan banjir di bandar raya Singapura selain kaedah pembersihan sungai dan pendekatan pembangunan alam sekitar lestari yang diamalkan negara berkenaan.

Tharman berada di Malaysia sempena Lawatan Negara selama tiga hari dan diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong selaku menteri pengiring.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved