“Seksyen 302” – Pemandu Wanita Sebabkan Kemalangan 3 Pelajar UiTM Dungun Didakwa Memb*nuh

LocalPolitics
15 Oct 2024 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, sebuah kemalangan ngeri berlaku berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Teregganu yang menyebabkan kematian 3 orang pelajar institusi tersebut.

Terbaru, pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga pelajar itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Norizan Ismail, 49 tahun, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

image is not available

Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 7 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam pada itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.