Seksyen terjejas JPJ Wangsa Maju ditutup sementara, alami siling bocor & banjir

8 May 2024 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bahagian Pelesenan Pemandu di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Wangsa Maju yang terjejas akibat kebocoran siling bangunan akan ditutup sementara bagi kerja baik pulih.

JPJ Wangsa Maju ditutup sementara

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan siling dalam bangunan Pejabat JPJ di Wangsa maju bocor hingga menyebabkan air bertakung di dalam premis berkenaan sehingga menarik perhatian warganet.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli dan pihaknya sudah membuat anggaran kerugian, selain sedang menyediakan satu laporan lengkap kejadian berkenaan.

“Hanya tempat yang terkesan sahaja (ditutup sementara) dan bukan seluruh bangunan itu.
“Cuma ada beberapa seksyen yang terpaksa ditutup untuk proses baik pulih antaranya di bahagian pelesenan pemandu, namun tidak semua kawasan terkesan banjir itu,” katanya.

Beliau berkata demikia ketika diminta mengulas mengenai hantaran video tular memaparkan beberapa bahagian di JPJ Wangsa Maju yang banjir akibat limpahan air hujan semalam.

Masih dibuka seperti biasa, cuma sekysen tertentu JPJ Wangsa Maju ditutup sementara

 

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, orang awam yang ingin berurusan di JPJ Wangsa Maju masih boleh hadir selain tidak perlu risau dengan keadaan bangunan di situ.

image is not available

“Tindakan pembaikan akan dilakukan segera dengan hanya tempat terjejas sahaja ditutup sementara, manakala bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.
“Kita akan pastikan perkhidmatan di bahagian terbabit tidak akan terjejas dan akan berjalan seperti biasa,” katanya.

image is not available

Berdasarkan rakaman tular, terdapat beberapa peralatan seperti mesin cetak serta komputer di dalam pejabat terbabit ‘basah lencun’ akibat kebocoran siling berkenaan.

Boleh jadi tajuk majalah Mastika

image is not available

image is not available image is not available

Sepatutnya alih harta kerajaan

Tidak kurang juga ada yang menyelar tindakan mereka yang berada di situ dan mendakwa tidak sensitif untuk mengalihkan harta kerajaan seperti komputer dan peralatan eletronik yang berada di kawasan itu.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: X pedoqpop, Kosmo! Online (Amree Ahmad)