Tular Video Siling JPJ Bocor Sampai Pejabat Banjir, Bahagian Pelesenan Pemandu KL Ditutup Sementara

Entertainment
8 May 2024 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah kaunter Bahagian Pelesenan Pemandu di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur (KL) di Wangsa Maju dipenuhi air.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahagian siling pejabat itu bocor dan air mencurah-curah turun sehingga terkena pada peralatan elektronik seperti mesin cetak dan komputer serta dokumen-dokumen yang ada di bahagian itu.

Tak cukup dengan itu, lantai pejabat dilihat ‘banjir’ hingga menyebabkan beberapa staf terpaksa berjalan di atas air yang bertakung.

Bahagian Pelesenan Pemandu ditutup sementara

Susulan insiden tersebut, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ di Wangsa Maju yang terjejas akibat kebocoran siling bangunan akan ditutup sementara bagi kerja baik pulih.

Pihaknya juga masih menunggu laporan berhubung kejadian itu daripada JPJ Kuala Lumpur.

image is not available

JPJ Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan termasuk dari segi kerosakan dan akan menghantar kepada kami (Ibu Pejabat JPJ) esok.

“Tindakan pembaikan akan dilakukan segera dengan hanya tempat terjejas sahaja ditutup sementara, manakala bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.

“Kita akan pastikan perkhidmatan di bahagian terbabit tidak akan terjejas dan akan berjalan seperti biasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, video yang tular di platform TikTok ini telah mendapat perhatian netizen yang bimbang jikalau perkhidmatan JPJ di Kuala Lumpur terjejas berikutan insiden ini.

Apa-apapun diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.