Sektarakyat buka cawangan Ar-Rahnu X’Change ke-18 di Rawang

Business & Finance
28 Sep 2026 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sektarakyat buka cawangan Ar-Rahnu X’Change ke-18 di Rawang
Sektarakyat membuka cawangan Ar-Rahnu X’Change ke-18 di Bandar Country Homes, Rawang bagi memperluaskan akses masyarakat kepada kemudahan pembiayaan berasaskan emas yang patuh syariah.

KOPERASI Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sektarakyat) terus memperkukuh perkhidmatannya menerusi pembukaan Ar-Rahnu X’Change di Bandar Country Homes, Rawang menjadikan jumlah keseluruhan rangkaiannya itu kini sebanyak 18 cawangan.

Sekatarakyat berkata, pembukaan cawangan baharu itu merupakan sebahagian daripada usaha koperasi berkenaan memperluaskan akses masyarakat kepada perkhidmatan Pajak Gadai-i yang mudah, selamat dan patuh syariah.

“Pembukaan cawangan ke-18 ini turut mencerminkan komitmen Sekatarakyat dalam memperkukuh perniagaan Ar-Rahnu sebagai salah satu segmen utama koperasi.

“Di samping memperluaskan rangkaian perkhidmatan agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kehadiran Ar-Rahnu X’Change di kawasan berkenaan memberi peluang kepada masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya mendapatkan kemudahan pembiayaan berasaskan emas bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan.

“Pemilihan bandar tersebut sebagai lokasi cawangan baharu dibuat berdasarkan kedudukannya yang strategik serta perkembangan kawasan sekitar yang semakin pesat," ujarnya.

Sekatarakyat berkata, perkembangan berkenaan selaras dengan aspirasinya untuk terus menyediakan perkhidmatan yang relevan dan responsif terhadap keperluan kewangan masyarakat.

Dalam masa sama, koperasi itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh rangkaian Ar-Rahnu X’Change serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan koperasi dalam memastikan perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change kekal kompetitif, mudah diakses dan mampu memenuhi keperluan pelanggan secara berterusan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved