Sektor koperasi catat hasil RM68 bilion

LocalBusiness & Finance
15 Jul 2025 • 10:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Gerry Lewis

Tenom: Lebih 16,000 koperasi aktif di seluruh negara mencatatkan perolehan tahunan mencecah RM68 bilion, sekali gus membuktikan peranan penting koperasi sebagai antara pemacu utama ekonomi rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kejayaan tersebut menunjukkan sektor koperasi telah berkembang menjadi satu sistem ekonomi yang kukuh serta berimpak tinggi, terutamanya dalam memperkasakan komuniti di peringkat akar umbi.

“Sektor koperasi kini bukan lagi entiti kecil, tetapi sebuah kekuatan ekonomi rakyat yang nyata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita akan terus proaktif menerusi pelbagai usaha, termasuk sedang menggubal pindaan terhadap Akta Koperasi 1993 agar perundangan kekal relevan, progresif dan memudahcara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Koperasi Peringkat Daerah Tenom yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Paguokon, Isnin.

Ewon turut memaklumkan bahawa kementeriannya akan meneruskan pelaksanaan inisiatif sedia ada, di samping memperkenalkan program baharu seperti Jejak Koperasi serta melakukan libat urus berkaitan pindaan akta koperasi.

Menurut beliau, jumlah keanggotaan koperasi di seluruh negara kini telah melebihi 7.2 juta orang, dengan nilai aset keseluruhan mencatat lebih RM173 bilion, menjadikan koperasi sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Keseluruhan usaha dan pencapaian ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mentransformasikan ekosistem koperasi negara ke arah lebih holistik, mampan dan kondusif, demi menjamin kelangsungan serta daya saing gerakan koperasi di Malaysia,” tambahnya.