Photo by ThisIsEngineering from Pexels
Kerjaya yang stabil dan gaji yang selesa adalah impian semua si pencari rezeki tidak kira bujang atau berkeluarga. Kita harus bersyukur kerana negara tercinta kita Malaysia mempunyai peluang pekerjaan yang luas berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Seperti yang kita tahu, pekerjaan sebagai Doktor, Akauntan, Jurutera, dan Peguam dikategorikan sebagai pekerjaan profesional. Akan tetapi dalam dunia zaman moden kini banyak pekerjaan yang tidak profesional memperolehi gaji yang lebih lumayan bahkan hanya bekerja dari rumah sahaja. Mungkin tidak terfikir oleh akal fikiran kita, hanya dari rumah sahaja boleh menjana gaji sebanyak lima angka. Tetapi ia adalah satu realiti yang terjadi di bumi Malaysia tercinta ini.
Menurut institusi pengajian tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka menggalakkan para pelajar menceburi bidang sains teknologi dan pertanian sebagai kerjaya pilihan kerana bidang itu mampu menjana pendapatan lumayan. Bidang IT in sangat luas dan mempunyai pelbagai cabang. Kita boleh menjadi pembuat sistem, bekerja di syarikat IT gergasi, dan juga menyediakan kemudahan teknologi bagi memudahkan urusan orang lain.
Contohnya kini teknologi ‘cloud’ telah mencuri tumpuan dan membuka banyak peluang pekerjaan. Syarikat yang memberikan servis ini sanggup membayar gaji yang tinggi kerana mereka mempunyai pelanggan yang besar dan ramai. Servis sewaan storan ‘cloud’ ini telah menjadi satu keutamaan untuk jangka masa yang panjang oleh kerana ia akan digunakan secara meluas oleh pengguna sistem tidak kira swasta mahupun kerajaan. Oleh itu, pengendali servis ini akan membuka peluang yang besar bagi kita.
Contoh yang lain adalah seorang pelajar sekolah biasa di Malaysia berumur 17 tahun telah berjaya mendapat gaji sebanyak RM14,000 sebulan menjadi seorang Jurutera Perisian di syarikat multinasional. Menurut The Vocket, beliau yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun berkata bahawa beliau bekerja di salah sebuah syarikat multinasional teknologi kewangan dengan kapasiti pekerja seramai 200 orang yang datang dari pelbagai latar belakang. Beliau hanya belajar sendiri melalui pengalaman bermain permainan dalam talian dan membuat kajian sendiri. Ini membuktikan bahawa bidang IT mampu memberi gaji lumayan, bukanlah secara kolektif tetapi secara purata gaji yang di perolehi.
Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
