Sektor Pelancongan Selangor Terus Melonjak Tinggi Dengan Catatan Lebih 8 Juta Pelancong Sepanjang 2025

LocalTravel
16 Jul 2026 • 3:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

tourism sel ft

Industri pelancongan Selangor terus mempamerkan prestasi luar biasa apabila berjaya merekodkan kedatangan seramai 8.42 juta pelancong sepanjang tahun 2025.

Jumlah tersebut disumbangkan oleh 68% pelawat domestik dan 32% pelawat antarabangsa, dengan pelancong China kekal sebagai penyumbang terbesar sebanyak 24.1%, diikuti rapat oleh Singapura (13.4%) dan Indonesia (6.7%).

tourism sel 8

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling memaklumkan bahawa kejayaan ini merupakan hasil usaha bersepadu daripada semua rakan industri, pengamal media, serta pencipta kandungan (content creator) dalam mempromosikan kempen Tahun Melawat Selangor 2026 (TMS2026).

Penghargaan tersebut dizahirkan dalam satu majlis santai Media & Influencers Hi-Tea 2026 yang berlangsung di Sunseed Green Wellness Bistro @ JAM PJ.

Selain itu, keberkesanan strategi pemasaran Tourism Selangor turut mendapat pengiktirafan di peringkat nasional apabila kempen Tahun Melawat Selangor 2025 merangkul Gold Award for Best Use of Content di Malaysia Public Relations Awards 2025.

shah alam gh

Bagi merancakkan lagi sektor ini, Tourism Selangor bakal menganjurkan pameran pelancongan Selangor Travel Fair 2026 edisi ketiga pada 25 dan 26 Julai bertempat di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur.

Pameran ini mendapat sokongan padu daripada Farm Fresh selaku penaja utama dan rakan strategik, di samping rakan kerjasama lain seperti AVIS Budget Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Tengah, PADAT, Media Selangor, serta Batik Air demi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Farm Fresh

Acara yang menyasarkan kehadiran lebih 40,000 pengunjung ini akan menampilkan 35 pempamer yang menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik, penginapan, dan pakej percutian di sekitar Selangor.

Sumber: Tourism Selangor

Sumber: Tourism SelangorSumber: Tourism SelangorSumber: Gambar HiasanSumber: Tourism Selangor

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved