Sekurang-kurangnya 6 maut, 53 cedera bas rempuh lori kargo di Mexico

22 Jul 2023 • 10:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 53 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah trak kargo di barat Mexico, Michoacan, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku kira-kira 1:00 pagi waktu tempatan (0700 GMT) di lebuh raya La Piedad-Vista Hermosa, berhampiran bandar Yurecuaro, menurut Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.

“Sebuah bas penumpang dalam perjalanan ke Oaxaca dari San Quintin, Baja California merempuh sebuah treler hingga terbakar,“ katanya.

Enam orang maut, termasuk kedua-dua pemandu, manakala mangsa yang cedera dibantu oleh paramedik dan dibawa ke hospital.

Mayat mangsa dibawa ke pusat forensik untuk tujuan pengecaman. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved