“Sekurang-kurangnya RM 2 billion” – TMJ Anggap Kos Stadium Shah Alam RM 700 Juta Tak Logik

30 Jan 2023 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan bahawa stadium baharu bakal dibina untuk menggantikan Stadium Shah Alam yang sekarang.

Konsep Stadium Shah Alam yang baharu itu diperkenalkan kepada umum yang mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam satu masa.

Tak logik – TMJ

Susulan itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim anggap bahawa kos yang dikatakan bernilai RM700 juta lebih itu sebagai satu perkara yang tidak logik.

Menurut pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu lagi, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM 2 bilion untuk menyiapkannya, lapor Sinar Harian.

image is not available

“SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik,” katanya dalam satu komen di laman Instagram.

Sebagai rujukan, Datuk Seri Amirudin Shari umum sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu itu.

Ia dijangka siap pada 2026 yang dilengkapi dengan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, ‘ETFE ceramic coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi ‘retractable pitch’ iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.