Makin hari, makin ada banyak pendedahan yang dibuat ke atas mendiang Kim Sae-ron.
Baru-baru ini, YouTuber Lee Jin-ho mendedahkan bahawa pada 2019 kedua-dua Kim Sae-ron dan Kim Soo-hyun sebenarnya sedang bercinta dengan orang lain, bukannya dengan satu sama lain seperti yang dinyatakan keluarga mendiang.
Malahan, Lee Jin-ho turut mengeluarkan satu video, menunjukkan seorang lelaki dan wanita yang didakwa adalah Kim Sae-ron, sedang melakukan hubungan fizikal intim.

Menurut Lee Jin-ho, teman lelakinya itu adalah seorang penyanyi dan hubungan mereka tidak pernah didedahkan kepada umum serta hanya diketahui orang terdekat.
Bagaimanapun, keluarga Kim Sae-ron terus menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa semua kenyataan itu adalah tidak berasas.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Selain Kim Soohyun, YouTuber Lee Jinho Dakwa Kim Saeron Pernah Bercinta Dengan Seorang Penyanyi? first appeared on KimchiDaily.my.



