Selain Roblox, Ini 9 ‘Online Game’ Popular Sedang Diteliti Kerajaan Untuk Dilesenkan

PoliticsGaming
30 Oct 2025 • 9:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Melihat isu yang sedang berlaku sejak belakangan ini, Kementerian Komunikasi melalui MCMC sedang meneliti mekanisme kawal selia baharu bagi memastikan permainan dalam talian dan aplikasi media sosial lebih selamat terutama kepada pengguna bawah umur.

Menurut menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, pihak MCMC kini meneliti keperluan perlesenan berkenaan selain memantau beberapa permainan lain yang disifatkan tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 16 tahun.

Kerajaan teliti lesenkan 10 online game popular

Katanya, 10 jenis permainan dalam talian ini sedang dibuat pemantauan sama ada perlu dilesenkan ataupun tidak.

10 permainan itu ialah:

  1. Roblox
  2. Grand Theft Auto (GTA)
  3. Call of Duty
  4. PUBG
  5. Free Fire
  6. Fortnite
  7. Dead by Daylight
  8. Among Us
  9. Horrorfield
  10. The Outlast Trials

Artikel berkaitan: “Berjudi tanpa sengaja” – Ini Antara Sebab Korang Patut STOP Anak-anak Dari Main Roblox!

“Kami sedang mengkaji kerangka peraturan paling sesuai dan berkesan. Beri kami sedikit masa sebelum pengumuman rasmi dibuat, tetapi yang pasti, kita tidak boleh berdiam diri.

“Setakat ini, kerajaan belum buat keputusan rasmi mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi juga menggesa ibu bapa supaya sentiasa memantau aktiviti dalam talian anak-anak dengan lebih dekat.

Menurut Fahmi, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) dijangka berkuat kuasa awal tahun depan bagi mewajibkan penyedia platform memastikan persekitaran digital yang selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article