“Selalu Ada Stereotaip..” – Pengarah Puji & Kongsi Sebab Pilih Go Younjung Terajui ‘Resident Playbook’

EntertainmentLifestyle
16 Apr 2025 • 2:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Setelah lama menanti, drama “Resident Playbook” akhirnya mula disiarkan.

Diterajui Go Youn-jung, Han Ye-ji, Kang You-seok dan ramai lagi, drama ini mengikuti kisah kehidupan orang ramai di Pusat Perubatan Jongno Yulje dan persahabatan antara semua pelatih di sana.

Dalam satu acara, pengacara Shin Won-ho berkongsi sebab Go Youn-jung dipilih untuk memainkan watak Oh Yi-young dalam drama tersebut. Jelasnya,

Selalunya terdapat stereotaip mengenai pelakon yang kelihatan seperti dia. Tetapi dia benar-benar dah memecahkan kepercayaan itu. Dia sangat bersahaja. Dia sangat menyegarkan dan ia menjadikannya sesuai untuk Oh Yi-young.

image is not available

Sambungnya lagi dengan memuji bakat wanita itu,

Tiada perselisihan pendapat ketika memilih Go Youn-jung. Dia bukan sahaja cantik tapi dia berbakat. Salah satu kekuatan terbesarnya ialah keupayaannya untuk mengekalkan ekspresi neutral sambil tetap menyampaikan perasaannya. Dia serba boleh dari segi emosi, rajin dan sentiasa bersedia untuk belajar.

Selayaknya Go Youn-jung dipilih!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.