Selalu minta dukung, Bella Astillah mahu kurangkan anak jumpa Syed Saddiq

LocalEntertainment
18 Sep 2025 • 12:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai apabila gelagat anak-anaknya dilihat begitu akrab bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Kurangkan anak jumpa Syed Saddiq

Menerusi perkongsian di Threads, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menjelaskan dia tidak mahu anak perempuannya Ara Adreanna kerap bertemu Syed Saddiq kerana anaknya terlalu manja apabila bersama.

image is not available

“Kita pun memang kena kurangkan untuk berjumpa dengan YB Syed Saddiq.

“Sebab dia (Ara) kalau jumpa YB je mesti minta nak peluk. Nak angkat-angkat orang penat, manja sangat,” kata Bella ketika di Perancis, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan tidak kisah sekiranya perlu melayani kedua-dua anak penyanyi itu.

image is not available

“Kenapa perlu kurangkan, salah ke,” kata Syed Saddiq.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif netizen dan rata-ratanya gembira melihat hubungan pasangan itu serta mendoakan supaya mereka berjodoh suatu hari nanti.

Cara bercinta orang ada anak

image is not available

Bunyi macam cemburu

image is not available

Cepat lah kahwin

image is not available

Untuk rekod, Bella ke Perancis bagi menyaksikan pertandingan terbesar triatlon dunia yang menyaksikan lapan peserta negara termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Vincent Tiew, Tengku Ahmad Masrin Tengku Mahmud, Ang Chee Kiang, Gavin Loh, Teoh Teng Ee, Christopher Lim dan Muhamad Azmir Taib.

Sumber: Threads hajjahrohanasaad