Selalu Reka Barang Kreatif, Pasangan Kembar Setuju ‘Content Creator’ Kena Ada Pendidikan

Entertainment
1 Aug 2024 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang selalu layan TikTok, mesti kenal pasangan kembar bernama Amin dan Abid. Sebelum ini juga, mereka berdua pernah tular membuat pelbagai hasil reka cipta termasuklah hiasan dalaman sebuah muzium coklat yang terletak di Kedah.

Content creator perlu berpendidikan

Dalam satu temu bual yang dimuat naik oleh @hotfm976 di TikTok, mereka telah menjemput pasangan kembar itu untuk berkongsi pendapat mereka berdua mengenai content creator berpendidikan.

Kata mereka, seorang content creator mestilah mempunyai pendidikan kerana ia mempengaruhi bagaimana individu itu membawa diri ke khalayak ramai.

Sebenarnya kita boleh tengok beza content creator yang ada pendidikan dengan tak ada pendidikan. Sebab daripada segi percakapan, penampilan dan karakter, itu akan mencerminkan sama ada pendidikan dia sampai mana.

Dengan itulah penerimaan content itu akan pergi ke umur berapa. Kadang-kadang mak bapa pun boleh suka content kita. – Amin (abang)

Rezeki akan terbuka

Selain itu, Abid (adik) berkongsi pendapatnya jika ada sesiapa yang mahu menjadi content creator tetapi tidak mahu belajar.

Kitorang rasa kalau kitorang tak belajar, kitorang takkan jadi content creator. Sebab kitorang mula pun daripada belajar. Kami pun tak sangka yang kami boleh jadi content creator. Bila belajar, rezeki tu terbuka sedikit demi sedikit.

Untuk pengetahuan, usaha mereka selama ini telah membuahkan hasil apabila Amin dan Abid telah tercalon ‘TikTok Awards Malaysia’ untuk kategori ‘Education Creator of teh Year’.

@hotfm976_

Suka la dengan mentaliti @Aminabid ni! Patut la tercalon dalam Education Creator of the Year untuk TikTok Awards Malaysia 2024 @Fizi Ali @ItsAishaa #HotFM #HotSquad #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pasangan kembar ini yang sentiasa humble walaupun nama mereka semakin dikenali.

image is not available

Wah! Min suka tengok content kembar ni.. kreatif sangat!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article