Selalu Sakit Sendi & Letih Melampau? Kenali Penyakit Autoimun Serta Tanda-Tandanya

Health & Fitness
24 Jul 2026 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyakit autoimun merupakan keadaan apabila sistem pertahanan badan yang sepatutnya melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan kulat mula menyerang sel serta organ sendiri.

Dalam keadaan normal, sistem imun berfungsi mengenal pasti dan melawan bahan asing yang boleh membahayakan tubuh. Namun bagi pesakit autoimun, sistem tersebut gagal membezakan antara tisu badan sendiri dengan ancaman luar, lalu menghasilkan antibodi yang menyerang tubuh.

Advertisement

autoimun

Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Shahruddin, keadaan ini berlaku apabila sistem imun tidak lagi dapat mengenal pasti perbezaan antara sel badan dengan bahan asing.

Pada peringkat awal, penyakit autoimun boleh menjadi sukar dikesan kerana simptomnya sering menyerupai masalah kesihatan lain dan berbeza antara individu.

Antara tanda yang biasa dialami ialah keletihan melampau, badan lemah, sakit otot, demam berpanjangan, sendi sakit atau bengkak, kesukaran bergerak dan keguguran rambut.

Pesakit juga mungkin mengalami ruam kulit, sensitif terhadap cahaya matahari, perubahan berat badan, kebas pada tangan dan kaki, mata atau mulut kering serta kesukaran memberi tumpuan.

Setakat ini, lebih 80 jenis penyakit autoimun telah dikenal pasti. Antaranya ialah Systemic Lupus Erythematosus atau SLE, iaitu penyakit kronik apabila antibodi menyerang pelbagai tisu dan organ. Simptomnya berbeza mengikut pesakit kerana penyakit itu boleh melibatkan banyak bahagian tubuh.

Psoriasis pula berlaku apabila sistem imun menyebabkan sel kulit tumbuh terlalu cepat sehingga membentuk tompokan merah, bersisik dan meradang.

Autoimun

Penyakit tiroid autoimun pula terjadi apabila antibodi menyerang kelenjar tiroid. Antaranya ialah Grave’s Disease yang menyebabkan penghasilan hormon tiroid berlebihan dan Hashimoto Disease yang mengakibatkan paras hormon tiroid menjadi rendah.

Rheumatoid Arthritis atau RA menyebabkan keradangan pada sendi sehingga mengakibatkan rasa sakit, bengkak dan kekakuan, terutama pada waktu pagi. Tanpa rawatan, penyakit ini berisiko menyebabkan kerosakan sendi.

Selain itu, Celiac Disease menyerang usus kecil akibat tindak balas terhadap gluten. Keadaan tersebut boleh mengganggu penyerapan nutrisi serta menyebabkan sakit perut dan penurunan berat badan.

Multiple Sclerosis atau MS pula melibatkan sistem saraf apabila sistem imun menyerang otak, saraf tunjang dan saraf optik. Pesakit boleh mengalami masalah penglihatan, kelemahan anggota badan serta gangguan keseimbangan.

Punca sebenar penyakit autoimun masih belum diketahui sepenuhnya. Bagaimanapun, beberapa faktor dipercayai boleh meningkatkan risiko termasuk sejarah keluarga, perubahan hormon, jangkitan virus atau bakteria, tekanan, pendedahan kepada bahan kimia, tabiat merokok dan kekurangan nutrisi.

Tahap penyakit pula bergantung kepada jenis autoimun dan organ yang terjejas. Ada pesakit hanya mengalami simptom ringan, manakala sesetengahnya berdepan komplikasi serius sehingga mengganggu fungsi organ.

Walaupun belum terdapat rawatan yang mampu menyembuhkan semua jenis penyakit autoimun sepenuhnya, pengesanan awal dan rawatan berterusan dapat membantu mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Selalu Sakit Sendi & Letih Melampau? Kenali Penyakit Autoimun Serta Tanda-Tandanya2026-07-23 16:01:28

"Nampak Sangat Nak Elak Cukai" - Netizen Persoal Kaedah Pembayaran Kedai Pizza Milik Jofliam

The post Selalu Sakit Sendi & Letih Melampau? Kenali Penyakit Autoimun Serta Tanda-Tandanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved